Pak pandir dgn handphone

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"

Pak Pandir naik helikopter

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

Kedai Pak Pandir kene rompak

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM100 ribu ringgit. Seorang pemberita Mazidul akmal dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut yg bernama Pak Pandir..

Mazidul: Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana rompakan ini?

Pak Pandir: Rasa-rasanya seratus ribu lebih tapi, tapi masih untung lagi la...

Mazidul: Macammana pulak pakcik boleh kata masih beruntung....?

Pak Pandir: Saya masih untung kerana rompakan itu berlaku hari ni bukan semalam...

Mazidul: Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..???

Pak Pandir: kerana hari ni kita ada bagi diskaun 50% untuk semua harga barang..kalau semlm harga takde diskaun lagi...

Mazidul:

Pak Pandir dengan hartanya

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Pak Pandir dengan wartawan utusan

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan utusan merapu datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
wartawan..

Pak Pandir dgn ikan haruan

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan haruan di pasar borong selayang. Apabila pulang ke rumah dia Mak Andeh menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang........

Mak Andih: Oii bapaknya! Mcmmana nak siang ikan ni? Hidup lagi nih.
Pak Pandir: Apa susahnya tu??
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis plak.
Pak Pandir: Tu pun nak kecoh ke? Rendam saja dalam air bagi ikan tu lemas. Sekejap lagi mati ler??
Mak Andih:???

Pak Pandir naik kapal terbang kali ke 2

Alkisahnya..
hebohlah satu kampung..
Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Kieran dlm pagi di era.. ,
walaupun hanya kelas ekonomi..
tapi bagi pak pandir..
itu sudah cukup mengembirakanya..

dipendekkan cerita..
hari dijanji telah tiba..
pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..

kapal terbang sampai..
pak pandir pun naiklah..

masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.

sebelum kapal terbang berlepas..
pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..

sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..

dengan budi bahasa pramugari tu tegur.
"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang.."
"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."
*mana tak selesanya.. bisnes klass..
mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..
sakit kepala..

pilot yang menunggu lama nak berlepas..
bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..

dia pun keluar tengok..
pramugari sorang tu cerita..

pilot tu pun pi lah kat pak pandir..
"pak cik.. boleh tengok tiket?"
pak pandir kasi tiket..

"oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"yer nak... "
"taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
"yerker nak.. nasib baiklah anak bagitau.."

Pak Pandir beli TV

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Pak Pandir minta cuti

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...

Pak Pandir naik kapal terbang

Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".